Bertarikh: 22 Julai 2020
Tuan/Puan Yang dihormati ,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI JAYA INOVATIF PERAK BERHAD
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Koperasi telah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Cawangan Perak untuk menubuhkan KOPERASI JAYA INOVATIF PERAK BERHAD pada 01/07/2020 (rujukan: SKM.PK:1/5/2/JLD.78(89).
Dengan ini, kami ingin menjemput semua yang telah mendaftar dan juga yang berhasrat untuk menjadi ahli hadir ke Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi. Mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan kepada butiran dibawa:
Tarikh : 29 / 08 / 2020
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Tempat : Dewan, Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, 32810 Parit, Perak
Aturcara Majlis:-
-
Ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Fatimah Binti Mior Abdul Jalil, Setiasuaha Jawatan Kuasa Penaja Koperasi Jaya Inovatif Perak Berhad
-
Taklimat Ringkas oleh Tuan Mohamed Fahrurazi bin Mohamed Nor, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak
-
Taklimat Ringkas oleh Tuan Abu Hassan Ahmad, Ahli Jawatan Kuasa Penaja, Koperasi
-
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembagunan Pertanian Neger Perak
-
Majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Teknikal Diantara Koperasi Jaya Inovatif Perak Berhad dengan Syarikat Ismailie Enterprise.
-
Agenda Mesyuarat Agung Permulaan
-
Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
-
Persetujuan menubuhkan Koperasi
-
Permohonan bagi didaftarkan sebagai Koperasi
-
Penerimaan Undang-Undang kecil Koperasi
-
Pemilihan
-
Perlantikan Anggota Lembaga dan memberikan kuasa untuk menandatangani permohonan untuk mendaftarkan Koperasi Jaya Inovatif Perak Berhad dan Undang-Undang Kecilnya
-
Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan Pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).
-
-
Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi
-
Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota Lembaga
-
Meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun Koperasi.
-
Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi
-
Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi
-
Ucapan penutup oleh Pengerusi Koperasi Jaya Inovatif Perak Berhad yang baru dilantik.
Bagi Pihak
Ahli Jawatankuasa Penaja